1. Platform online yang terdiri daripada laman web serta aplikasi mobile.
  2. Memudahkan Pengguna membuat carian, semakan tarikh tempahan, membuat tempahan dan bayaran.
  3. Mengurangi Proses pertanyaan pelanggan yang panjang, remeh dan berulang.
  4. Pemilik homestay tak perlu lagi kemaskini kalendar tempahan secara manual dan boleh urus tempahan secara lebih sistematik, efektif, mudah dan menjimatkan masa serta kos.
  5. Maklumat tempahan yang lengkap dan tersusun dihantar terus kepada nombor Whatsapp Pemilik Homestay.

  1. Pemilik Homestay yang mendaftar akan dapat laman web sendiri yang dilengkapi sistem kalendar tempahan dengan indikator tarikh yang masih kosong (available) dan tarikh yang telah penuh (Not Available) untuk mudahkan Pelanggan membuat semakan dan tempahan.
  2. Bila Pelanggan buat tempahan pada sesuatu tarikh, sistem akan terus menyekat tarikh berkenaan untuk tempahan baru supaya pertindihan tempahan tidak berlaku.
  3. Pemilik Homestay juga dengan mudah boleh batal / tolak (Reject) tempahan yang diterima dan status tempahan pada tarikh berkenaan akan kembali kepada status “Available”.
  4. Pemilik boleh sekat (block) tarikh tempahan samada untuk tujuan penyelenggaraan atau memenuhi tempahan yang diterima secara offline.
  5. Pemilik Homestay mudah uruskan perbezaan harga secara automatik mengikut hari atau tarikh tempahan.
  6. Pelanggan membuat bayaran terus ke akaun Pemilik Homestay kerana pihak Maicari Homestay tidak terima sebarang bayaran dari Pelanggan yang membuat tempahan.
  7. Salinan maklumat tempahan juga akan dihantar ke email Pelanggan.
  8. Laporan tempahan harian, mingguan, bulanan serta tahunan tersedia untuk semakan pemilik homestay pada sebarang masa.
  9. TIADA SEBARANG CAJ TAMBAHAN kepada kustomer yang membuat tempahan secara online.

Pengguna.

  1. Untuk peranti android, muaturun aplikasi percuma Maicari Homestay di Play Store.
  2. Untuk peranti Apple boleh layari laman web https://maicarihomestay.com
  3. Tiada pendaftaran diperlukan, hanya muaturun aplikasi dan guna.

Pemilik Homestay.

  1. Pemilik homestay yang ingin menyertai Maicari Homestay perlu mendaftar semudah ABC di sini > Register My Homestay
  2. Selepas mendaftar, tunggu laman web homestay anda diaktifkan dalam tempoh 1-3 hari bergantung kepada situasi semasa.
  3. Pihak maicari homestay akan menghubungi pemilik homestay melalui whatsapp untuk memaklumkan status pendaftaran.

Pengguna.

  1. Panduan Cara Buat Carian boleh rujuk disini > https://youtu.be/SGT3aQ0xtYM
  2. Panduan Cara Buat Tempahan Online boleh rujuk disini > https://youtu.be/8bLmF7PEPQk

 Pemilik Homestay.

  1. Cara Urus Tempahan Online yang diterima rujuk disini > https://youtu.be/YBPJjsQ06tM
  2. Panduan Cara Batal/Tolak/Reject Tempahan Online yang diterima boleh rujuk disini > https://youtu.be/mzkWSbgU3JA
  3. Cara Lock Tarikh Tempahan boleh rujuk disini > https://youtu.be/ecA35eumnaA
  4. Cara Update Bayaran Tempahan boleh rujuk disini > https://youtu.be/OZbVTlfCpw4

Pengguna.

Percuma dan TIADA SEBARANG CAJ TAMBAHAN kepada kustomer yang membuat tempahan secara online.

Pemilik Homestay.

Buat masa sekarang, pendaftaran homestay masih lagi dibuka secara percuma sehingga makluman mengenai penamatan pakej percuma ini diwartakan.

  1. Sebelum membuat sebarang tempahan dan bayaran, pengguna dinasihatkan supaya menyemak status homestay samada melalui pautan facebook pemilik atau membuat panggilan melalui butang panggilan atau whatsapp terus kepada pemilik.
  2. Jangan membuat sebarang tempahan atau bayaran jika maklumat meragukan kerana anda bertanggungjawab keatas tempahan yang dilakukan.
  3. Butang ONLINE BOOKING hanya akan aktif jika pemilik homestay bersedia untuk menerima tempahan secara online.
  4. Koordinat lokasi yang dipaparkan mungkin kurang tepat.
  5. Sekuriti Deposit dan sebarang perbezaan harga untuk tempahan pada tarikh hujung minggu, cuti am/khas/perayaan/sekolah perlu dibuat semasa check-in.
  6. Tertakluk kepada semua terma dan syarat sepertimana yang telah ditetapkan oleh Pemilik homestay.
  7. Pihak Maicari Homestay tidak bertanggungjawab keatas sebarang kelalaian daripada Pengguna.
  1. Memastikan harga yang dipaparkan dalam laman web homestay SENTIASA SAMA dengan harga yang diwartakan oleh Pemilik. 
  2. Membalas whatsapp tempahan pelanggan untuk memberi peringatan membuat bayaran serta menghantar slip bayaran untuk rujukan Pemilik Homestay.
  3. Jika tiada maklumbalas daripada Pelanggan, Pemilik perlu Reject/Batal tempahan berkenaan.
  4. Jika tiada pembatalan dilakukan, tempahan akan dikira sebagai berjaya.
  5. Selepas menerima bayaran daripada Pelanggan, Pemilik Homestay perlu kemaskini (update) status kepada "Complete" dan mengesahkan jumlah bayaran yang telah diterima.
  6. Pemilik homestay perlu tahu bahawa Sekuriti Deposit dan sebarang perbezaan harga untuk tempahan pada tarikh hujung minggu, cuti am/khas/perayaan/sekolah perlu dikutip semasa pelanggan daftar masuk (check-in).
  7. Syarat penginapan tertakluk kepada apa yang telah ditetapkan oleh Pemilik homestay.
  8. Latihan/Panduan cara urus tempahan disediakan kepada semua Pemilik Homestay yang mendaftar jika diperlukan.
  9. Pihak Maicari Homestay tidak bertanggungjawab keatas sebarang kelalaian Pemilik Homestay.