TERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN LAMAN WEB MAICARI HOMESTAY.
Selamat datang ke Maicari Homestay!
Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan terma dan syarat penggunaan berikut. Sila baca syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan laman web ini.
- Maicari Homestay berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk mengubahsuai, menukar, menambah atau mengeluarkan bahagian daripada terma dan syarat penggunaan laman web ini, termasuk apa-apa kandungan, produk, perkhidmatan atau ciri laman web dan perubahan yuran atau caj pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyemak kemas kini dan perubahan pada terma dan syarat ini dengan kerap.
- Kandungan halaman laman web ini adalah untuk maklumat dan kegunaan umum sahaja serta tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
- Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang bukan di bawah kawalan Maicari Homestay. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas sifat, kandungan dan ketersediaan laman tersebut. Kemasukan mana-mana pautan tidak semestinya membayangkan cadangan atau pengesahan pandangan yang dinyatakan di dalamnya.
- Tindakan perundangan boleh diambil keatas sesiapa yang menyalah guna laman web ini dengan sedar.
- Maicari Homestay berhak untuk mengubah suai, menggantung atau memberhentikan, buat sementara atau selama-lamanya, laman web ini atau mana-mana perkhidmatan yang ia sambungkan, dengan atau tanpa notis dan tanpa liabiliti kepada semua pengguna.
- Maicari Homestay tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan atau ketinggalan dalam mana-mana kandungan, atau untuk sebarang kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang ditanggung akibat daripada penggunaan mana-mana kandungan yang disiarkan atau dihantar melalui laman web kami.
- Maicari Homestay tidak menjanjikan bahawa laman web ini atau mana-mana kandungan, perkhidmatan atau ciri laman web ini akan bebas dari ralat atau tanpa gangguan, atau bahawa apa-apa kesilapan.
- Anda bersetuju untuk tidak menuntut sebarang kerugian dari pihak Maicari Homestay disebabkan oleh kecuaian, kesukaran, atau kesilapan yang timbul daripada penggunaan laman web dan / atau perkhidmatan.
- Koordinat lokasi yang dipaparkan mungkin kurang tepat.
- Pengguna dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang tempahan jika maklumat homestay meragukan kerana anda bertanggungjawab keatas semua tempahan yang dilakukan.
- Sebarang perbezaan harga untuk tempahan pada tarikh cuti sekolah, Cuti AM/Khas dan cuti perayaan perlu dibuat semasa check-in.
- Semua bayaran berkaitan tempahan perlu dibuat terus kepada Pemilik/Pengusaha homestay.
- Caj Perkhidmatan RM10.00 (RM Sepuloh Sahaja) dikenakan keatas setiap tempahan online yang berlaku dan caj perkhidmatan ini akan dituntut daripada Pengusaha/Pemilik homestay pada setiap hujung bulan.
- Pemilik/Pengusaha homestay bertanggungjawab sepenuhnya keatas setiap tempahan yang diterima dan dinasihatkan supaya batal (Reject) tempahan yang diterima jika maklumat tempahan meragukan.
- Pemilik/Pengusaha homestay WAJIB Reject/Batal tempahan jika tidak menerima bayaran daripada Pelanggan untuk membuka semula tarikh tempahan berkenaan.
- Tiada sebarang penalti digunapakai dalam Sistem Maicari Homestay.
- Pemilik/Pengusaha Homestay WAJIB kemaskini status tempahan kepada "Complete" selepas pelanggan daftar masuk (check-in) dan menerima bayaran penuh dari pelanggan.
- Wang Taruhan Keselamatan (Security Deposit) dan sebarang perbezaan harga untuk tempahan pada tarikh cuti sekolah, cuti am/khas dan cuti perayaan perlu dikutip daripada pelanggan semasa daftar masuk (check-in).
- Pihak Maicari Homestay tidak bertanggungjawab keatas sebarang kelalaian daripada pihak Pemilik/Pengusaha Homestay.
- Pemilik/Pengusaha Homestay perlu meluangkan masa untuk mengikuti Panduan Pengurusan Tempahan Online yang dikendalikan secara online atau offline.
Perhatian:
Sebarang masalah berkaitan penggunaan laman web Maicari Homestay boleh wasap admin segera untuk tindakan > https://wasap.my/601115118110